Tuesday, November 1, 2011

KKP BMM 3103

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar pada peringkat rendah mahupun peringkat menengah di Malaysia. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan bahasa rasmi di Malaysia. Oleh hal yang yang demikian, penting bagi setiap pelajar khususnya pelajar sekolah rendah menguasai bahasa Melayu dengan baik. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, maka guru adalah tunjang bagi memastikan hasrat ini tercapai. Oleh hal yang demikian, subjek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103) merupakan salah satu cabang subjek yang mampu membantu perkembangan bahasa Melayu di negara ini.

Antara kandungan pelajaran yang terdapat dalam subjek ini ialah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) serta mempelajari penyediaan instrumen pemarkahan atau peraturan pemberian markah soalan yang telah dibina. JSU merupakan satu item yang membolehkan pelajar mempelajari panduan yang perlu dalam pembinaan soalan sebagai ujian kepada pelajar. Secara tidak langsung pembelajaran subjek ini memberikan status kesahan terhadap soalan yang dibina. JSU merupakan satu garis panduan yang berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Pembelajaran mengenai instrumen pemarkahan pula dapat mendedahkan guru pelajar terhadap cara-cara menilai sesuatu perkara itu dengan lebih tepat dan terperinci. Hal ini termasuklah penetapan ciri-ciri terperinci sesuatu penilaian itu. Subjek ini juga memastikan guru dapat membuat sesuatu penilaian secara tepat serta kebolehpercayaan data yang dihasilkan juga tidak diragui.

Secara ringkasnya, tugasan yang diberi berkenaan subjek ini ialah menyediakan nota berkenaan subjek, membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), membina soalan serta membina instrumen pemarkahan terhadap soalan yang dibina. Hal ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang

Kesimpulannya, tugasan ini dapat melatih kemahiran pelajar ijazah perguruan untuk mempelajari dan mengkaji kaeda-keadah dalam penyediaan ujian terhadap pera pelajar di sekolah.

(Sumber: Tan Hui Leng: 2000)

2.0 PENTAKSIRAN

2.1 Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran


(Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html)

2.2 Tujuan pentaksiran

Flowchart: Punched Tape: Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran


Flowchart: Punched Tape: Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.  Flowchart: Punched Tape: Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.  Flowchart: Punched Tape: Merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.  Flowchart: Punched Tape: Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran   Flowchart: Punched Tape: Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.  Flowchart: Punched Tape: Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

(Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html)

3.0 PENGUJIAN

3.1 Definisi

Pengujian bermaksud ‘ memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem’. Antara contoh pengujian adalahguru yang meminta pelajar mengisi borang makular peribadi dalam sesuatu borang pada awal semester/tahun untuk mengenali muridnya. Antara perkara yang mungkin ditanya di dalam borang itu ialah berkenaan hobi pelajar tersebut. Soalan itu boleh dikategorikan sebagai pengujian.

Pengujian kebiasaannya melibatkan proses pengukuran. Menurut Stevens (1951), pengukuran ialah pemberian angka kepada objek dan peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan skala yang telah ditetapkan.

Tujuan pengujian dalam pendidikan

(Sumber: Tan Hui Leng : 2000)

4.0 PENILAIAN

4.1 Definisi

Penilaian dapat diertikan sebagai proses memperoleh maklumat secara bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan yang wajar. Tugas menilai merangkumi tugas untuk menguji dan mengukur. Oleh hal yang demikian, seseorang perlu menguji dan mengukur sebelum dia dapat menilai. Hubungan ketiga-tiga perkara ini dapat diterangkan melalui rajah di bawah.


(Sumber: Tan Hui Leng : 2000)

4.2 Tujuan Penilaian

Tujuan Lain Penilaian

(Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html)

5.0 TAKSONOMI BLOOM

5.1 Tahap-tahap kognitif Bloom

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu:

5.1.1 Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol.

Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.

Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:

Pelajar perlu menggunakan proses mental.

Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pengajaran guru.

Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baharu.

Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

5.1.2 Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini antaranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman

Proses mental

Maklumat asas telah diajar

Perlu bahan atau alat komunikasi

Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

5.1.3 Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi

Menggunakan proses mental aplikasi

Soalan melibatkan tiga frasa iaitu

Masalah situasi yang baharu tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

5.1.4 Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis

1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menentukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.

2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.

3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis

Soalan menggunakan proses mental analisis

Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.

Situasi, dokumen perlu dianalisis

Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.

5.1.5 Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.

1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.

2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.

3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apakah yang akan berlaku.

5.1.6 Aras Penilaian.

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

(Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html)

6.0 DOMAIN KRATHWOHL

6.1 Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

6.2 Gerak balas

Seseorang akan bertindak balas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindak balas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerak balas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

6.3 Penilaian

Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian:

Penerimaan semua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.

Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.

Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.

6.6 Organisasi
Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

6.7 Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

(Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html)

7.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

7.1 Konsep

JSU merupakan satu “ blue print/ test specification” yang terdiri daripada dua paksi yang membentuk satu matrik iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran. Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan. JSU dibina setelah penguji dapat menentukan jenis dan kandungan ujian. JSU merupakan satu item yang dapat membantu penggubal untuk membina soalan.

(Sumber: www.infomurid.com/itembank/reference/jsu.ppt)

7.2 Kepentingan JSU

Rounded Rectangle: ii. Bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
Rounded Rectangle: iii. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
Rounded Rectangle: i. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan.


Rounded Rectangle: v. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.Rounded Rectangle: iv. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.Oval: Kepentingan JSU

Rounded Rectangle: vi. Perbandingan dapat dibuat  antara satu ujian dengan ujian yang lain vii.


7.3 Langkah-Langkah Penyediaan JSU

JSU mengandungi maklumat tentang:-

Bentuk dan panjangnya ujian

Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.

Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.

Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.

Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

soalan.

Langkah pertama:

1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)

2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Jumlah Soalan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieNeJZkItAXjMGdg9PsAJEND3HRwIfg7Cseg_4B0itKNTj542Udxs6IPOekeUyrYyGYxOoGKKoZ_1jcVSWGZhmOITaaKIdPQf_eVlGrM1fXovJDzSJ-S-i6Bbu1A41Oq9qj1EY_aTNj-JT/s320/jum.jpg

Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran

2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.

2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima

1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.

2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah).

3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

1. Menyatakan mata pelajaran.

2. Tingkatan atau kelas.

3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

(Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html)

8.0 JENIS PENILAIAN BAHASA

8.1 Ujian Formatif

Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

8.2 Ujian Sumatif

Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini adalah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.


PERBEZAAN

UJIAN FORMATIF

UJIAN SUMATIF

Fungsi

sebagai maklum balas kepada pelajar dan guru untuk mengetahui kelemahan serta kemajuan.

Pensijilan dan pengredan.

Masa

Sepanjang pengajaran.

Pada akhir unit kursus.

Penekanan

Kognitif, psikomotor dan afektif.

Kognitif.

Sifat

Terhad kepad tugasan.

Beraneka jenis.

Kesukaran

Berubah-rubah.

Senang kepada sukar.

Alat

Dibentuk khas

Peperiksaan akhir tahun.

Jeis ujian

Rujukan kriteria

Rujukan penting.

Pelaporan

Gagal atau lulus.

Jumlah skor.

Contoh

Ujian bulanan dan lembaran kerja.

UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Jadual banding beza antara ujian formatif dengan ujian sumatif

8.3 Ujian Bakat

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

8.4 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif ialah sejenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya adalah untuk menilai hasil pengajaran. Ujian ini diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

8.5 Ujian Kefasihan

Ujian kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

8.6 Ujian Kemajuan

Ujian kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
Ujian kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang satu tajuk tertentu.

(Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html)

9.0 KAEDAH PENILAIAN BAHASA

9.1 Penilaian Melalui Portfolio

Merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.

Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio

Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.

1. Porfolio kerja harian

2. Portfolio hasil terbaik

3. Portfolio dokumen.

1. Portfolio Kerja Harian

Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

2. Portfolio Hasil Terbaik

Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

Berbentuk sumatif

Contohnya;

Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen

Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Contohnya;

Hasil kerja lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio

Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.

Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugasan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

Membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkah laku, penglibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

2. Kenal pasti isi kandungan portfolio.

3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?

Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.

Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.

Kriteria penilaian

Struktur dan organisasi.

Strategi pengurusan

Variasi isi yang sesuai

Struktur ayat dan gaya bahasa

Senaraikan ciri. Hal ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.

Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

9.2 Penilaian Melalui Pemerhatian

Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan P&P.

Meliputi aspek kognitif , afektif dan psikomotor.

Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profil.

Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;

1. Kualiti Pemerhatian

2. Bentuk perancangan

3. Merekod penilaian pemerhatian

4. Jenis Pemerhatian

5. Strategi pelaksanaan

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian

Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.

Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.

Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan

Menyediakan alat yang relevan dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.

Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

Merangka tindak susul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian

Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku secara tersusun dari segi:

a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

b) Menjalankan Tugasan

Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .

c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan

Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

d) Tindakan Susulan

Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot

Boleh digunakan untuk menilai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:

Kecekapan Linguistik

Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

Muzik

Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

Kecekapan (body khanisthetic)

Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal

Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan Interpersonal

Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement). Melaporkan semua yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan

Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau dirancang.

Menggunakan senarai semak.

Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian

Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

Maklum balas diperoleh daripada guru dan pelajar.

Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

(Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-6.html)

No comments: