Tuesday, November 1, 2011

Aktiviti Manipulasi Alatan

Manipulasi Alatan : Golek
1. Tajuk : Ahli Bomba
2. Bilangan pemain : 3 kumpulan ( 1 kumpulan 5 orang)
3. Alatan : - 6 Skitel
- 4 gelung
4. Tempoh bermain : 3 minit
5. Cara bermain :
1) Ketua bomba akan sebut “Api..api..stesyen nombor……..”
2) Contoh, ketua bomba sebut stesyen nombor 2.
3) Pelajar dari stesyen 2 akan bergerak menggolekkan gelung menuju ketua bomba.
4) Pelajar yang tiba paling awal akan naik pangkat menjadi ketua bomba.
5) Kumpulan yang ramai naik pangkat menjadi pemenang.
6. Peraturan :
1) Pelajar yang menggolek dengan betul sahaja boleh naik pangkat menjadi ketua bomba.
7. Organisasi :


Manipulasi Alatan : Baling dan Lempar

1. Tajuk : Ayam Bungsu

2. Bilangan pemain : Anak ayam – 1 kumpulan 5 orang

3. Alatan : - Sebiji Bola

- 1 Pundi Kacang

4. Tempoh bermain : 3 minit

5. Cara bermain :

1) Permainan ini seperti permainan ‘Bola Beracun’

2) Dalam bulatan, satu kumpulan di tengah akan menjadi ayam.

3) Seorang dari mereka akan menjadi ‘Ayam Bungsu’

4) Ayam lain perlu melindungi ayam bungsu kerana sekiranya bola yang dibaling pihak lawan terkena ayam bungsu, maka satu kumpulan akan kalah.

5) Ayam lain boleh menendang, menepis dan menghadang bola dari terkena ayam bungsu.

6) Kumpulan lawan perlu membaling bola ke arah ayam bungsu dan sasaran dari pinggang ke bawah.

7) Ahli kumpulan yang berjaya membaling atau melempar ke arah ayam bungsu, maka kumpulan tersebut pula yang akan menjadi ayam dan berada dalam bulatan.

6. Peraturan :

1) Pemain di luar bulatan hanya boleh membaling bola atau melempar

pundi kacang.

7. Organisasi :

No comments: