Showing posts with label Bahasa Melayu TAHUN 3. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu TAHUN 3. Show all posts

Tuesday, May 12, 2020

Bina Dialog dan Lakonkan

Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat;
1. membina dialog dan melakonkan dialog.
2. menggunakan kata tugas (kata perintah, kata seru, kata pemeri, kata penguat) dengan betul.


Selamat sejahtera.
Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Semoga anak-anak murid cikgu sentiasa sihat.

Murid-murid masih ingat lagi pelajaran yang lepas?

Cikgu ingatkan sekali lagi beberapa pelajaran yang telah murid-murid pelajari sebelum ini. Antaranya ialah;

1. Kata Perintah


2. Kata Seru



3. Kata Pemeri


4. Kata Penguat


Baiklah, gambar di atas sekadar ulangkaji semula supaya murid-murid ingat kembali pelajaran yang lalu.
Oleh itu, tugasan minggu ini seperti tajuk di atas.

"Bina Dialog dan Lakonkan"

Bagaimanakah caranya?
Mudah sahaja. Sila baca arahan di bawah:


Sekiranya murid mengalami masalah dan tidak faham akan arahan tugasan, murid-murid boleh bertanya cikgu ya.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.




Tuesday, April 21, 2020

Tatabahasa Tahun 3: Kata Seru

Objektif pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat menggunakan kata seru untuk melengkapkan teks.


Salam sejahtera murid-murid. 
Jom saksikan video di bawah.





Murid-murid dah tonton video di atas?
Baiklah, murid-murid. Hari ini kita akan belajar tentang Kata Seru.
Sebenarnya ada banyak kata seru tetapi hari ini cikgu akan ajarkan enam kata seru sahaja.
Sila klik gambar di bawah untuk lebih jelas.









Cikgu harap murid-murid sudah faham dan tahu cara menggunakan kata seru dalam ayat. Untuk menguji kefahaman murid-murid, klik link di bawah dan jawab kuiz Kata Seru. Murid yang berjaya mencapai 90% markah ke atas akan mendapat sijil tau.



Untuk tugasan akhir, cikgu minta murid-murid untuk menyiapkan latihan ini. Tulis di atas kertas kosong, ambil gambar dan kemudian hantar kepada cikgu untuk cikgu tanda. Hasil kerja murid-murid akan cikgu pamerkan di sini nanti. Selamat menjawab!

Klik gambar untuk lebih jelas.





Wednesday, April 15, 2020

LATIHAN 1 : KATA PERINTAH (3 BESTARI)

Hai, murid-murid!
Terima kasih cikgu ucapkan. Cikgu sangat menghargai usaha murid-murid dan pengorbanan ibu ayah yang memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh ini.
Syabas dan tahniah kerana telah siapkan latihan Bahasa Melayu walaupun dalam situasi yang agak sukar sekarang ini.




Baiklah, mari tengok hasil latihan murid-murid 3 Bestari di bawah. Klik gambar untuk lebih jelas.

Vikaash

Syahmi Amzar




Nurhan Harraz

Harith Rayyan

Sarah

Adam

Danish

Aarthisha

Lim Jia Wei
Ainul Syahirah

Athilah
Alisha
Hazeq 


Ain Nur Nadiah

Wah, hebat semua anak-anak murid cikgu!
Namun begitu, ada beberapa teguran yang ingin cikgu ingatkan. Antaranya,

1. Pastikan tulisan kemas.

2. Semak ejaan dan tanda baca.

3. Selang satu baris untuk soalan seperti ini. (kecuali penulisan karangan)
Sekiranya ada kesempatan, murid-murid boleh jawab latihan pengukuhan ini.

Klik LATIHAN PENGUKUHAN


Itu sahaja daripada cikgu.
Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 14, 2020

Tatabahasa Tahun 3: Kata Perintah

Selamat sejahtera murid-murid.
Assalamualaikum.
Cikgu harap murid-murid sihat selalu.
Hari ini ialah sesi pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Baiklah, sebelum tu jom tonton video di bawah.



Murid-murid sudah tengok video di atas. Haaa.. Hari ini kita akan belajar tentang Kata Perintah. Cikgu yakin murid-murid selalu mendengar kata perintah seperti Sila, Jemput, Tolong, Jangan. Baiklah, untuk lebih kefahaman, mari tonton video seterusnya.



Baiklah murid-murid. Cikgu harap murid-murid sudah faham apa itu Kata Perintah.
Cikgu ulang semula ya.


Kata Perintah ialah kata yang digunakan supaya seseorang mematuhi sesuatu perintah, arahan, larangan atau permintaan.
Kata Perintah digunakan untuk membina ayat perintah.

Contoh Kata Perintah: 



Untuk menambah kefahaman murid-murid, jom sertai kuiz di bawah.



Baiklah murid-murid. Pelajaran kita sudah sampai ke penghujungnya. Cikgu akhiri dengan latihan di bawah. Cikgu minta murid-murid untuk menyalin semula, menjawab dan ambil gambar. Kemudian, hantar gambar latihan melalui whatsapp cikgu. 



Klik gambar untuk lebih jelas



Jangan lupa siapkan tau.
Terima kasih murid-murid. Semoga berjumpa lagi. 
Assalamualaikum.

Salam sayang,
Cikgu Amira