Tuesday, April 14, 2020

Tatabahasa Tahun 3: Kata Perintah

Selamat sejahtera murid-murid.
Assalamualaikum.
Cikgu harap murid-murid sihat selalu.
Hari ini ialah sesi pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Baiklah, sebelum tu jom tonton video di bawah.



Murid-murid sudah tengok video di atas. Haaa.. Hari ini kita akan belajar tentang Kata Perintah. Cikgu yakin murid-murid selalu mendengar kata perintah seperti Sila, Jemput, Tolong, Jangan. Baiklah, untuk lebih kefahaman, mari tonton video seterusnya.



Baiklah murid-murid. Cikgu harap murid-murid sudah faham apa itu Kata Perintah.
Cikgu ulang semula ya.


Kata Perintah ialah kata yang digunakan supaya seseorang mematuhi sesuatu perintah, arahan, larangan atau permintaan.
Kata Perintah digunakan untuk membina ayat perintah.

Contoh Kata Perintah: 



Untuk menambah kefahaman murid-murid, jom sertai kuiz di bawah.



Baiklah murid-murid. Pelajaran kita sudah sampai ke penghujungnya. Cikgu akhiri dengan latihan di bawah. Cikgu minta murid-murid untuk menyalin semula, menjawab dan ambil gambar. Kemudian, hantar gambar latihan melalui whatsapp cikgu. 



Klik gambar untuk lebih jelas



Jangan lupa siapkan tau.
Terima kasih murid-murid. Semoga berjumpa lagi. 
Assalamualaikum.

Salam sayang,
Cikgu Amira


No comments: