Tuesday, November 1, 2011

Tugasan ISL 6 PJM 3102

PERMAINAN KANAK-KANAK

Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :-

· Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.

· Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

· Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif

· Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak

· Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan dalam diri.

· Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam permainan.

· Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan danperlakuan motor.

· Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri.

· Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan

Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.
Bidang Psikomotor

· Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan kecil kategori jaringan/ dinding.

· Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum

· Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan Tahap Dua.

· Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini.

· Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangjasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

Bidang Kognitif

· Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu.

· Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan permainan tersebut.

· Dapat membandingbeza permainan kecil yang dilakukan dengan permainan tradisional yang sebenar.

· Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yand dipilih.

Bidang Efektif

· Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan.

· Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya.

· Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.

· Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

No comments: